www.mamboteam.com
Laman Web Rasmi RISDA Advertisement
Muka Hadapan arrow Perancangan Strategik
Rabu, 28 Februari 2007
 
 
Main Menu
Muka Hadapan
Amanat Pengurusan
Profail
Program & Aktiviti
Perancangan Strategik
Bahagian
Pegawai Kanan
Korporat
Teknologi
Pekeliling
Borang
Perangkaan
Penerbitan
Soalan & Jawapan
Rangkaian
Buku Tetamu
Kisah Kejayaan
Carian
Login Email RISDA
Kata Nama

Kata Laluan
Undian
Pendapat anda mengenai laman web RISDA?
  
Adakah perlu diwujudkan ruangan forum untuk berdiskusi?
  
Pengunjung
Kami ada 108 tetamu online
Bookmark Kami
 
 
Perancangan Strategik PDF  | Cetak |
Jumaat, 28 April 2006

Perancangan Strategik RISDA

PERANCANGAN STRATEGIK PEMBANGUNAN PEKEBUN KECIL (2001 - 2010)

PERUTUSAN KETUA PENGARAH

Tahun 2003 merupakan tahun ketiga pelaksanaan Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8) di mana RISDA meneruskan usaha-usaha membangunkan masyarakat pekebun kecil di Semenanjung Malaysia. Sebagai pengeluar bahan mentah, khususnya getah dan sawit, pendapatan pekebun kecil dipengaruhi oleh harga kedua-dua komoditi tersebut. Di samping itu keluasan tanah yang dimiliki atau diusahakan juga mempunyai kesan terhadap pendapatan dan kesejahteraan hidup para pekebun kecil.

Berlatarbelakangkan senario ini, RISDA telah mengorak langkah menggubal Perancangan Strategik Pembangunan Pekebun Kecil 2001 - 2005 yang telah mengambil kira keadaan semasa pekebun kecil, matlamat untuk meningkatkan pendapatan dan taraf sosio ekonomi mereka serta aspirasi negara menjadikan getah sebagai tanaman strategik.

Model Bisnes Strategik yang dilaksanakan mengandungi 5 Flagship atau TERAJU iaitu Pembangunan Tanam Semula & Perladangan, Pembangunan Ekonomi Tambahan, Pembangunan Ekonomi Komersial, Pembangunan Institusi Pekebun Kecil dan Pembangunan Ahli Isi Rumah. Model pembangunan ini merangkumi pelbagai aspek pembangunan pekebun kecil iaitu pembangunan tanah, ekonomi, institusi dan keluarga mereka.

Dokumen ini disediakan sebagai rujukan kepada semua peringkat pegawai dan staf RISDA dan juga kepada pihak lain yang berminat kepada usaha-usaha pembangunan dan kesejahteraan hidup masyarakat pekebun kecil. Pengurusan RISDA amat menyanjung tinggi segala maklum balas yang diberikan berkaitan pelaksanaan program-program pembangunan ini demi kepentingan dan kesejahteraan pekebun kecil di negara ini.

RISDA......peneraju pembangunan pekebun kecil.

Sekian, terima kasih.

Dato' Baharuddin Bin Awang
Ketua Pengarah RISDA
13 Mac 2003.

PERNYATAAN MISI

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL.

PERNYATAAN OBJEKTIF

PEKEBUN KECIL MEMPEROLEH PENDAPATAN SEKURANG-KURANGNYA RM2,000 SEBULAN SEKELUARGA MENJELANG TAHUN 2010.

TEMA PEMBANGUNAN

RISDA... peneraju pembangunan pekebun kecil

KUMPULAN SASAR

Sasaran bagi pencapaian misi dan objektif pembangunan adalah terhadap lebih kurang 235,000 pekebun kecil getah di Semenanjung Malaysia. Mereka ini terdiri daripada pekebun kecil yang mempunyai latar belakang yang berbeza dan boleh dikategorikan kepada tiga (3) kumpulan iaitu :-

i. mereka yang aktif,
ii. mereka yang pasif, dan
iii. mereka yang telah lanjut usia dan kurang berupaya.

Strategi pembangunan yang akan digunakan adalah berbeza mengikut kategori pekebun kecil berkenaan.

Selaras dengan Falsafah dan Strategi Baru Pembangunan Luar Bandar, kumpulan sasar RISDA turut merangkumi ahli isi rumah pekebun kecil termasuk wanita dan remaja yang bakal menjadi generasi kedua.

STRATEGI PEMBANGUNAN

  • Memfokuskan aktiviti pembangunan terhadap pekebun kecil yang aktif, iaitu pemilik pengusaha, bergantung hidup kepada kebun milik mereka, mempunyai tenaga dan berminat mengubah kehidupan mereka.

  • Menanam semula getah kepada jenis tanaman yang paling menguntungkan kepada pekebun kecil.

  • Memberi keutamaan kepada konsep pembangunan secara berkumpulan.

  • Memberi ruang kepada pekebun kecil progresif membangunkan ladang secara individu.

  • Melaksanakan projek pembangunan ekonomi berasaskan pacuan pasaran.

  • Menggunakan khidmat dan kepakaran anak-anak syarikat bagi membangunkan projek ekonomi berskala besar untuk manfaat dan penglibatan pekebun kecil mengikut kesesuaian.

  • Melaksanakan pembangunan insan melalui pendidikan yang berterusan bertujuan melahirkan manusia berinisiatif, bertakwa, bersyukur serta memiliki nilai murni, etika hidup serta etika kerja yang cemerlang.

MODEL BISNES STRATEGIK RISDA

Flagship 1

Pembangunan Tanam Semula & Perladangan

  • Program yang dilaksanakan ialah Tanam Semula (Bantuan Berturut), Tanam Semula Getah Ke Getah Integrasi (TSGGI) dan Tanam Semula Getah Ke Tanaman Lain (TSGL) menggunakan peruntukan bantuan langsung Kerajaan dan sumber wang ses. Pendekatan pembangunan yang digunakan adalah seperti berikut :-

i. Tanam Semula Berkelompok (TSB),
ii. Tanam Semula Komersial (TSK),
iii. Tanam Semula Individu.

  • Bagi meningkatkan kecekapan pengurusan dan produktiviti, RISDA menggalakkan pekebun kecil supaya menanam semula secara TSB atau TSK.

Standard Pencapaian

  • Kebun tanam semula dengan getah menggunakan benih Latex Timber Clone (LTC) dan kebun sawit menggunakan benih D X P
  • Tempoh keremajaan getah dipendekkan kepada 4 1/2 tahun dan sawit kepada 2 1/2 tahun
  • Kebun getah matang mengamalkan Low Intensity Tapping System (LITS)
  • Kebun getah mencapai produktiviti sekurang-kurangnya 1,500 kg. sehektar setahun dan kebun sawit mencapai sekurang-kurangnya 20 tan metrik sehektar setahun

Flagship 2
Pembangunan Ekonomi Tambahan

Pekebun kecil yang aktif akan dibantu untuk menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi tambahan bagi mempelbagaikan dan meningkatkan pendapatan keluarga di bawah Program Integrasi Tanaman Getah (PITG) dan Aktiviti Ekonomi Tambaham (AET). Keutamaan pelaksanaan diberikan kepada peserta-peserta Program Tanam Semula. Projek ekonomi yang diutamakan ialah :-

Projek Ternakan

  • Ternakan Kambing Boer/Kampung

  • Ternakan Ayam Kampung Kacukan

  • Ternakan Lembu (Terbuka dan Fidlot)

  • Ternakan Ikan Tilapia

  • Ternakan Udang Galah

  • Ternakan Burung Unta

Projek Tanaman

  • Pokok Landskap

  • Tanaman Herba


Projek Ekonomi Desa

  • Kraftangan Daun Getah

  • Makanan Ringan

Flagship 3
Pembangunan Ekonomi Komersial

Anak-anak syarikat menjalankan projek ekonomi berskala sederhana dan besar dan memberi sumbangan bulanan daripada keuntungan projek kepada pekebun kecil yang dikategorikan termiskin. Projek ekonomi yang diutamakan ialah :-

  • Ternakan Ayam Daging/Kampung Kacukan,

  • Ternakan Lembu (Terbuka dan Fidlot),

  • Ternakan Ikan Tilapia,

  • Ternakan Burung Unta.

Flagship 4
Pembangunan Institusi Pekebun Kecil

Dua institusi pekebun kecil yang akan diberi keutamaan ialah Koperasi Pekebun Kecil (NARSCO dan KPK) dan Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil (PWPK). Selain dari itu, tumpuan juga diberikan kepada kampung-kampung di bawah Gerakan Desa Wawasan (GDW).

Standard Pencapaian

Standard pencapaian yang ditetapkan bagi pembangunan Koperasi Pekebun Kecil adalah
seperti berikut :-

  • Bilangan keahlian KPK meningkat melebihi 225,000 orang,

  • Setiap KPK mencapai keuntungan sekurang-kurangnya RM75,000 setahun,

  • Setiap KPK membayar dividen sekurang-kurangnya 10 % setiap tahun.

Flagship 5
Pembangunan Ahli Isi Rumah

Pembangunan ahli isi rumah merupakan pendekatan baru yang diberi keutamaan oleh RISDA sebagai jaminan untuk meningkatkan pendapatan keluarga serta taraf hidup masyarakat pekebun kecil di luar bandar. Proses pembangunan pekebun kecil akan lebih terjamin dalam jangka masa panjang sekiranya anggota keluarga diberi pendidikan dalam pelbagai bidang kemahiran yang mempunyai nilai di pasaran pekerjaan. Wahana utama bagi mencapai matlamat ini ialah melalui Kolej RISDA Sdn. Bhd.

Bahagian Perancangan Strategik,
Ibu Pejabat RISDA
Kuala Lumpur.
Tarikh : 13 Mac 2003

Aplikasi Interaktif
e-ts.gif
Waktu
Waktu Solat
Kuala Lumpur

10 Safar 1428
Subuh 6:08 AM
Syuruk7:23 AM
Zohor 1:29 PM
Asar 4:43 PM
Maghrib 7:27 PM
Isyak8:37 PM

Kalendar

 Jan   Feb 2007   Mac

AISRKJS
   1  2  3
  4  5  6  7  8  910
11121314151617
18192021222324
25262728 
Blog High Level Synthesis
Kisah Kejayaan

            nenasdlmkebun.jpg

              Negeri Kelantan

            Negeri Terengganu

                Negeri Kedah 

 
Top! Top!